Kongsi pandangan anda mengenai perpaduan sosial | Malay

Closes 31 Oct 2021

Contents

Kerajaan ingin menerima maklum balas dari pelbagai kumpulan dan orang ramai mengenai langkah-langkah untuk melaksanakan cadangan Suruhanjaya Siasatan Diraja untuk memperkuatkan perpaduan sosial. Maklum balas dan cadangan anda akan memaklumkan keputusan akhir Kerajaan.

Maklumat mengenai kerja yang dilakukan untuk melaksanakan cadangan lain boleh didapati di sini.

Jawab tinjauan ini dengan mengklik setiap bahagian dalam jadual di bawah. Baca atau jawab soalan di setiap bahagian kemudian klik "lanjutkan" untuk kembali ke jadual asal untuk memilih bahagian tinjauan yang seterusnya. Setelah menyelesaikan tinjauan ini, klik butang "Selesai" di bahagian bawah jadual untuk mengirimkan jawapan anda. Anda tidak perlu menjawab semua soalan yang kami ajukan - anda boleh memilih untuk menjawab soalan yang penting bagi anda.

Penyerahan boleh dibuat dari 25 Jun hingga 31 Oktober

Penyerahan dibuka pada 25 Jun dan akan ditutup pada 31 Oktober 2021.

Anda boleh membuat penyerahan dalam talian atau menulis kepada kami

Anda boleh membuat penyerahan di laman web MSD. Laman web ini menyediakan cara-cara mudah untuk anda memberikan maklum balas anda kepada kami.

Anda juga boleh menghantar maklum balas anda melalui e-mel ke social_cohesion@msd.govt.nz.

Kami juga mengalu-alukan penyerahan bertulis kepada Ministry of Social Development, PO Box 1556, Wellington 6140.

Privasi maklumat anda

Maklumat yang anda berikan MSD akan digunakan untuk memberitahu Kerajaan mengenai cara untuk memperkukuhkan perpaduan sosial. Jawapan anda akan dianalisis untuk tema, dimasukkan ke dalam laporan dan dikongsi dengan agensi Kerajaan lain. MSD juga akan menerbitkan ringkasan laporan di laman webnya. Kedua-duanya akan dipersembahkan sedemikian supaya penyumbang tidak akan dikenali.

Kementerian Kehakiman dan Jabatan Dalam Negeri juga melangsangkan langkah-langkah untuk melaksanakan cadangan lain dari Suruhanjaya Siasatan Diraja. Harap maklum bahawa jawapan anda mungkin akan dikongsi dengan salah satu agensi tersebut sekiranya MSD percaya bahawa mereka adalah paling sesuai untuk menganalisis sebarang jawapan yang anda berikan yang lebih berkaitan dengan bidang tugas mereka. Sebarang maklumat yang dikongsi dari MSD dengan agensi tersebut akan dipindahkan kepada mereka dengan selamat. Tolong beritahu kami jika anda tidak mahu maklumat anda dikongsi dengan mereka.

Semua maklumat yang anda berikan MSD akan dikumpulkan, disimpan, digunakan dan didedahkan selaras dengan Akta Privasi 2020. Anda berhak untuk mengakses dan membetulkan segala maklumat yang dimiliki oleh MSD mengenai anda.

Harap maklum bahawa jawapan anda mungkin tertakluk kepada permintaan daripada MSD untuk mendapatkan maklumat di bawah Akta Maklumat Rasmi 1982. Jangan berikan maklumat dalam jawapan anda yang boleh mengenal pasti anda atau orang lain. Juga dimaklumkan bahawa semasa anda menghantar jawapan anda, MSD juga akan merakam alamat IP anda untuk tujuan pengesanan dan tindak balas terhadap insiden keselamatan IT.

Membuat penyerahan dalam bahasa lain

Tinjauan ini tersedia dalam beberapa bahasa, termasuk te reo Māori dan Bahasa Isyarat New Zealand (NZSL). Anda dipersilakan untuk membuat penyerahan dalam bahasa pilihan anda.

MSD akan mengatur supaya jawapan anda diterjemahkan ke dalam Bahasa Inggeris oleh penterjemah yang berkelayakan supaya MSD dapat menganalisisnya. Penterjemah akan menghantar kembali kepada MSD jawapan asal anda dan versi Bahasa Inggeris dan kemudian akan memadamkan maklumat ini dari sistem mereka. Maklumat anda akan dipindahkan di antara MSD dan penterjemah dengan selamat dan akan dikendalikan oleh penterjemah dengan tepat dan selaras dengan Akta Privasi 2020.

Page Response
Ucapan Menteri This page has no questions
Latar belakang dan konteks This page has no questions
Ceritakan sedikit tentang diri anda
0 percent complete
0 of 4 questions answered
1. Social cohesion outcomes – what’s important to you?
0 percent complete
0 of 2 questions answered
2. Bagaimana kita dapat menilai pencapaian kami?
0 percent complete
0 of 2 questions answered
3. Apa yang ditunjukkan oleh bukti tentang membina perpaduan sosial
0 percent complete
0 of 3 questions answered
4. Mengambil tindakan untuk mengukuhkan perpaduan sosial
0 percent complete
0 of 3 questions answered